Sunday, August 24, 2008

Jemaah Menteri: Konsert Avril Diteruskan

Selepas beberapa hari kita dikhabarkan dengan berita gembira pembatalan konsert Avril, tiba-tiba hari ni saya terbaca dalam akhbar menyatakan konsert ini akan diteruskan. Apa yang menariknya, kelulusan ini adalah melalui budi bicara jemaah menteri, selepas PUSPAL mengeluarkan kenyataan pembatalan konsert tersebut.

PUSPAL sebelum ini membatalkan konsert tersebuut dengan alasan tarikh yang terlalu hampir dengan sambutan kemerdekaan (2 hari sebelum) dan imej artis yang tidak sesuai dengan budaya Malaysia. Walau bagaimanapun, Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mengumumkan kelulusan semula konsert tersebut adalah melalui mesyuarat Jemaah Menteri, berdasarkan 'budi bicara' disebabkan permohonan yang terlalu lewat (sehari sebelum mesyuarat PUSPAL).

Saya amat menyanjungi keputusan PUSPAL membatalkan konsert tersebut dengan alasan yang sangat kuat. Saya berharap semoga proses kelulusan sebarang permohonan konsert artis luar di masa akan datang, PUSPAL akan mengambil kira faktor imej artis tersebut. Seperti yang saya dan rombongan Pemuda PAS Wilayah tegaskan semasa perjumpaan dengan Pengarah PUSPAL baru-baru ini, faktor imej artis amat penting dalam meluluskan sebarang konsert kerana ia akan menjadi ikutan remaja di negara kita dan seolah-olah kerajaan menggalakkan imej berkenaan diterima dan diamalkan oleh remaja-remaja kita. Kita bukan hanya setakat membuat peraturan yang menghendaki mereka mematuhi peraturan dan kelihatan sesuai dengan budaya kita semasa konsert, tetapi kita mahu artis yang masuk ke Malaysia adalah artis yang mempunyai imej yang benar-benar baik dan sesuai untuk tatapan hiburan remaja kita.

Saya merasa sangat sedih dengan perkembangan ini, namun ia tidak akan mematahkan semangat kami Pemuda PAS Wilayah khasnya dan pemuda PAS amnya untuk terus bersuara dan berusaha sehingga terbentuk budaya yang baik, budaya yang akan menghasilkan remaja-remaja ISLAM yang beriman dan bertaqwa serta remaja-remaja bukan ISLAM yang mulia dan bermoral tinggi yang bakal menentukan masa depan negara yang gemilang.

1 comment:

kaz said...

Assalamualaikum saudara KM

Saya ingin bertanya bagaimana dengan perkembangan politik semasa di Malaysia?